LESEN BOLASEPAK AKAR UMBI UNTUK JURULATIH KOMUNITI,HENDAK SERTAI?

Hala Tuju FAM 2019-2030 atau F:30 adalah peluang keemasan untuk FAM dan semua pemegang kepentingan bolasepak tempatan memulakan era baharu. Di bawah Piagam Kejurulatihan FAM, mereka menyasarkan  600 jurulatih bolasepak akar umbi peringkat komuniti pada 2022 berbanding hanya 290 sewaktu dokumen ini dicipta. Selain itu untuk tenaga pengajar jurulatih pula disasarkan untuk menjadi 40 jurulatih berbanding tiada tenaga pengajar  sehingga November 2018.Mereka mencari tenaga pengajar berusia berusia 20 tahun.

Di bawah pembangunan bolasepak yang diterapkan oleh JDT,mereka sentiasa meletakkan jurulatih tempatan bersama jurutlatih asing untuk menyesuaikan budaya dengan bolasepak Malaysia. Daripada kaedah inilah ramai bakat-bakat telah terhasil di dalam JDT-Valencia Academy yang sekarang mula menunjukkan hasil yang positif. Pelbagai kejohanan peringkat usia telah mereka kuasai pada kebelakangan ini.

Namun ada sesuatu perlu dilakukan dengan mengkhususkan jurulatih yang tidak ada terikat dengan mana-mana program kelab bolasepak swasta,program bolasepak negara dan juga persatuan bolasepak negeri mahupun daerah. Kelab-kelab bolasepak akar umbi di Malaysia sebenarnya sangat banyak tetapi kebanyakan mereka telah dinafikan tempat untuk menyertai sebarang kursus kejurulatihan oleh kerana keutamaan adalah kepada mereka yang bekas pemain dan juga jurulatih yang membawa pasukan di peringkat lebih tinggi.

Masalah yang banyak berlaku adalah kebanyakan mereka sudah memilki sekurang-kurangnya awalan dan lesen C dalam kejurulatihan. Memang benar mereka juga mempunyai hak untuk menuntut ilmu pada bila-bila masa tanpa halangan. Namun perlu ada pembahagian seperti yang dilakukan dalam F:30 iaitu pemisahan di antara komuniti dan peringkat yang lebih tinggi.

TMJ telah menjadi penaung kepada banyak organisasi yang membawa perubahan drastik seperti Majlis Belia Negeri Johor dan pemilik kepada Kelab Bolasepak Johor Darul Takzim. Selain banyak membantu peninju kelahiran Johor seperti peninju Farhan,kontinjen Johor di SUKMA Perak serta menyediakan stadium khas kepada Ragbi Johor pada tahun 2019.

Kami beranggapan tiba masanya DCL mendapat perhatian TMJ,PBNJ dan JBFA untuk merealisasikan impian kami sebagai penganjur untuk melihat sebuah suasana liga bolasepak akar umbi kompetitif yang akan memberikan impak positif kepada JDT sebagai kuasa bolasepak di Malaysia.

Pihak DCL  berhasrat untuk menganjurkan sebuah kursus kejurulatihan bolasepak peringkat akar umbi yang khusus untuk jurulatih bolasepak komuniti. Kami memerlukan kerjasama semua jurulatih untuk memberikan maklum balas mengenai program ini.

Sila nyatakan di ruangan komen maklumat peribadi anda untuk kami hubungi dan nyatakan kenapa anda sangat perlu menyertai kursus kejurulatihan ini. Tolong kami sebarkan artikel ini kepada semua untuk kami menilai seberapa ramai yang memerlukan kursus kejurulatihan ini.


The direction of FAM 2019-2030 or F: 30 is a golden opportunity for FAM and all local football holders start a new era. Under the FAM Coach Charter, they target 600 community level grassroots coaches in 2022 compared to just 290 during this document been made. Additionally for coaching trainers is targeted to be 40 coaches as opposed to no trainers until November 2018. They are looking for a 20 year old instructor.

Under the development of the JDT football team, they always place local coaches with foreign trainers to match the culture with Malaysian football. From this method many talents have been created in the JDT-Valencia Academy which are now beginning to show positive results. Various ages of the tournaments have been mastered lately.

But there is something to do with the specialization of coaches that are not tied to any private football club program, national football program as well as national football association or region. The are many grassroots football clubs in Malaysia  actually  but most of them have been denied a place to join any coaching course because the priority is to those who are former players and coaches who carry the team at a higher level. The most common problem is that most of them have at least a prefix and a C license in coaching. It is true that they also have the right to study at any time without hindrance. However, there should be a distribution like what is done in F: 30 ie separation between the community and the higher level.

TMJ has been the patron of many organizations that bring drastic changes such as the Johore Youth Council and the owner of the Johor Darul Takzim Football Club. In addition to helping Johor Johor-born boxer like the Farhan boxer, Johor’s contingent at SUKMA Perak and providing a special stadium to Johor Rugby in 2019. We think DCL is getting TMJ, PBNJ and JBFA’s attention to realize our dream as organizer to see a competitive grassroots atmosphere league that will give JDT a positive impact as football power in Malaysia.

DCL planning to host a grassroots football coaching course dedicated to community football coaches. We need the co-operation of all trainers to provide feedback on the program. Please state in the comments section of your personal information for us to contact us and state why you should join this coaching course. Please help us to distribute this articles to all of us to evaluate how many people need this coaching course.

2 comments

  1. Kursus ini amat perlu diadakan utk memberi pendedahan Dan ilmu kejurulatihan agar program akar umbi ini dpt dijalankan dgn baik seterusnya dpt melahirkan pemain bola sepak pd Masa akn dtg..sy amat memerlukannya..

Join the Conversation

Your email address will not be published. Required fields are marked *