AKU SERU KAU UNTUK HADIR WAHAI PENYOKONG SEMUA

DalamĀ  bolasepak,penyokong boleh dipecahkan kepada dua iaitu penyokong tegar dan jenis sementara tidak ubah seperti buih di tepi pantai. Penyokong jenis tegar akan sentiasa menyokong kelab mereka tidak kira ketika kelab mereka menang ataupun kalah. Penyokong jenis sementara seperti buih pula ramai terdapat dalam masyarakat kita.

Oleh itu jenis penyokong bagaimanakah yang anda ingin jadi untuk DCL 2018 kali ini? Jenis penyokong tegar atau jenis buih tepi pantai?. Jadi datanglah ke padang bolasepak MPPG (Bawah 12 tahun) pada 10 November,Sabtu ini. Bersorak,menjerit dan berteriaklah anda sekuat yang mungkin.

Namun haruslah diingkatkan supaya menjaga adab-adab dalam menjadi penyokong bolasepak terutamanya dalam bolasepak akar umbi. Apakah adab-adab itu? Ayuh kita ikuti senarai di bawah yang mana mungkin lebih daripada itu.

  1. Jangan merokok atau menunjukkan kamu seorang perokok
  2. Jangan masuk ke kawasan teknikal yang diduduki pemain dan kakitangan pasukan
  3. Jangan berada di belakang tiang gol di kedua-dua tiang gol
  4. Jangan memberikan arahan kepada pemain dan mengganggu permainan mereka
  5. Jangan memprovokasi pasukan lawan atau sesiapa sahaja sewaktu perlawanan
  6. Jangan cuba menjadi ketua,jurulatih,pengurus atau penganjur kedua

Banyak lagi sebenarnya yang kita boleh senaraikan jika ingin bercerita tentang perkara-perkara yang boleh dielakkan semasa menjadi penyokong bolasepak semasa perlawanan melibatkan pasukan akar umbi. Yang penting kita perlu membuang semua ego,jawatan dan juga kesombongan kita semasa menjadi penyokong.

Ingatlah kita hadir adalah atas sebab menjadi penyokong bukannya pengkritik. Anda boleh mengkritik pada medan yang lain. Kita hadir untuk berikan sokongan padu kepada pemain yang berjuang di dalam padang. Bukannya waktu untuk menunjukkan perangai kita kepada umum.

Presiden JBFA,Naib Presiden JBFA,Timbalan Presiden JBFA,AJK JBFA,Ketua Jurulatih Pasukan Daerah,pasukan pemantau bakat dan semua penggiat bolasepak akar umbi ayuh hadir jika anda berkelapangan. Sesekali basahkan baju kemeja kolar kamu itu dengan peluh. Kotorkan kasut kulit asli kamu itu dengan tanah lumpur. Hitamkan kulit kamu di bawah mentari.

Aku seru untuk kau hadir semua penyokong!

2 comments

  1. perkataan JANGAN itu sendiri paling gemar dicabarkan EGO…..sekadar membiasakan yg betul atau membetulkan yg biasa…anyway,semoga kemeriahan dan penambahbaikan aspek penganjuran terus berlaku…

Join the Conversation

Your email address will not be published. Required fields are marked *