MPPG-DCL FIESTA MEDAN SARINGAN DCL 2019

MPPG-DCL FIESTA adalah sebuah kejohanan peringkat kelayakan untuk pasukan bertanding dalam DCL 2019(liga panjang). Daripada 20 pasukan yang bertanding dalam kejohanan ini,hanya 16 pasukan yang terbaik sahaja akan layak bertanding dalam kejohanan DCL 2019 dan juara akan layak secara percuma. Kejohanan MPPG-DCL FIESTA ini adalah sebuah karnval yang menggunakan format masa yang lebih singkat dan melibatkan hanya 4 perlawanan dalam peringkat kumpulan dan memiliki suka akhir,separuh akhir dan akhir.

Kejohanan ini akan memastikan kualiti pasukan yang menyertai DCL 2019 adalah pasukan terbaik demi menjaga kualiti kejohanan supaya kekal kompetitif dan berdaya saing. Ini memastikan tiada pasukan yang belum bersedia daripada pelbagai aspek seperti pengurusan kelab,kewangan dan latihan memasuki DCL 2019. Namun begitu,daripada 16 pasukan yang layak ke DCL 2019 jika terdapat pasukan menarik diri,perlawanan playoff akan dilakukan dalam merebut slot kekosongan itu. Perlawanan playoff perlu dilakukan mengikut format DCL 2019 dan segala kos perlu ditanggung oleh pasukan yang bersetuju.

MPPG-DCL FIESTA 2019 akan berlangsung pada 16 Februari 2019(10&14 tahun) dan 2 Mac 2019(12& 16 tahun) bertempat di Padang Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Bagi kategori bawah 10 tahun,daftar pemain adalah seramai 14 orang dan bagi kategori bawah 12 tahun,daftar pemain adalah seramai 16 orang dengan offsaid. Masing-masing 7 sebelah dan 9 sebelah untuk format pemain di dalam padang. Bagi kategori bawah 14& 16 tahun pula kedua-duanya daftar pemain adalah seramai 18 orang dan bermain 11 sebelah dengan offsaid.

Juara semua kategori adalah RM1000(Slot Percuma DCL 2019),piala dan medal. Naib Juara semua kategori adalah RM700,piala dan emdal. Ketiga dan Keempat adalah RM400,piala dan medal. Hadiah akan diberikan semasa majlis penyampaian hadiah dijalankan. Semua aspek keselamatan,mutu kepengadilan akan dititik beratkan sepanjang kejohanan berlangsung.Di harap semua pasukan yang sudah menyatakan minat untuk menyertai kejohanan ini akan dapat melakukan pembayaran secepat mungkin.

Semoga kejohanan ini akan membantu pembangunan bolasepak akar umbi di Johor Bahru amnya dan Johor Darul Ta’zim khusunya. Insha Allah.

Start a Conversation

Your email address will not be published. Required fields are marked *