SIAPAKAH YANG BAKAL DINOBATKAN JUARA MPPG-DCL FIESTA (BAWAH 14 TAHUN)?

Debaran dan kehangatannya semakin terasa. Siapakah akan dinobatkan sebagai Juara?

MPPG-DCL FIESTA akan berlangsung pada Sabtu ini bertempat di Padang Majlis Perbandaran Pasir Guddang MPPG melibatkan sebanyak 20 pasukan bagi merebuat piala dan juga 16 tempat terbaik bagi menyertai kejohanan DCL iaitu sebuah liga panjang berkonsepkan round robin dan peringkat kalah singkir(sepauh akhir dan akhir). Manakala selepas DCL tamat,4 pasukan terbaik dan 4 pasukan terbawah akan dikumpulkan bagi mengisi slot DCL Division.

Walaupun perlawanan kali ini berdurasi hanya 15 minit separuh masa dan memiliki 4 perlawanan untuk semua pasukan,ianya sudah cukup untuk menjadi medan saringan terbaik bagi memastikan pasukan yang menyertai DCL dan DCL Division adalah pasukan yang terbaik di antara yang terbaik. Sekali gus menjaga mutu dan kualiti liga ini.

Ayuh hadir beramai-ramai menyaksikan kejohanan ini disamping memberikan sokongan padu kepada semua peserta tanpa perlu melakukan provokasi melampau. Harap semua dapat menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan mendapat pemenang yang benar-benar layak.

 

Start a Conversation

Your email address will not be published. Required fields are marked *