STYLO MYLO AKAN MEWAKILI JBFA DALAM SAINGAN PIALA JDT BAWAH 12 TAHUN

Di atas kemenangan yang diperolehi pihak Stylo Mylo mengungguli saingan DCL2018(Bawah 12 tahun) mereka telah diberikan slot untuk mewakili JBFA dengan kerjasama kedua-dua pihak telah dipersetujui.

 

DCL dengan kerjasama pihak Pengarah Pembangunan dan Teknikal JBFA,slot ini telah diberikan kepada pemenang seperti dijanjikan. Ini adalah suatu usaha yang baik daripada DCL dan JBFA bagi membantu meringkan bebanan badan induk sekali gus persiapan pasukan adalah lebih komprehensif tidak bergantung hanya pada persiapan masa singkat.

Jika projek perintis ini berjaya,ianya berkemungkinan akan diteruskan pada 2019 yang mana pemenang akan mewakili JBFA pada saingan Liga JDT 2020. Namun begitu ianya tertakluk kepada keputusan bersama.

Diharap Stylo Mylo akan berikan yang terbaik bagi mengharumkan nama daerah Johor Bahru,sekaligus mengangkat JBFA selaku badan induk terbaikndi bawah naungan PBNJ.

 

 

Start a Conversation

Your email address will not be published. Required fields are marked *