Kejohanan DCL-U12

LIGA DEVELOPMENT CHAMPION LEAGUE (DCL) 2018

BAWAH 12 TAHUN

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN LIGA

1. PENYATAAN

  • Semua hakcipta berkaitan Liga DCL ini adalah hak-milik Development Champion League Resources.
  • Undang-undang dan Peraturan Pertandingan ini melaraskan hak, kewajipan dan tanggungjawab semua pasukan yang bertanding dalam Liga DCL ini,
  • Jawatankuasa penganjur liga berhak untuk meminda dan/ atau menukar undang-undang dan peraturan tanpa memberi notis kepada mana-mana pihakyang berkenaan.

2.PERATURAN TEKNIKAL

Semua perlawanan akan dimainkan mengikut Undang-undang Permainan Bolasepak:

  • Undang-undang dan peraturan permainan yang telah ditetapkan oleh lembaga persatuan bolasepak antarabangsa dan diterbitkan oleh FIFA/ FAM.
  • Sekiranya terdapat kemusykilan dalam penterjemahan undang-undang dan peraturan permainan, versi inggeris akan diutamakan.

3.STRUKTUR LIGA DCL

Liga DCLakan dianjurkan secara dua (2) peringkat seperti berikut:

1. Peringkat kumpulan.

  • Dibahagi kepada dua (2) kumpulan iaitu A dan B setiap satu kumpulan mempunyai sepuluh (10) pasukan.
    Bermain secara round robbin.
  • Dua (2) pasukan teratas akan layak bermain ke pusingan separuh akhir.

2. Pusingan kalah mati.

  • Empat (4) pasukan terdiri dari dua pasukan dari kumpulan A dan B akan bermain untuk separuh akhir.

4.MAKSIMA JUMLAH PASUKAN

Maksima jumlah pasukan yang bertanding ialah dua puluh (20) pasukan sahaja.

5.KELAYAKAN PASUKAN

  • Liga DCL hanya terbuka kepada pasukan-pasukan Kelab Bolasepak dan Pasukan Sekolah sahaja.
  • Sekolah Sukan Negeri, Sekolah Sukan Kebangsaan, Akademi Bolasepak Kebangsan
  • (Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari) Gambang dan pasukan Majlis Sukan
  • Sekolah Daerah (MSSD) dan atau Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN) tidak dibenarkan untuk menyertai Liga DCL ini.
  • Setiap Kelab dan Sekolah hanya dibenarkan mendaftarkan maksima 2 pasukan sahaja dalam Liga DCL .
  • Pemain-pemain yang berada dalam program Projek Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) dibenarkan bermain dalam Liga DCL

6.JUMLAH PASUKAN YANG BERTANDING DAN PENDAFTARAN

  • Dua puluh (20) pasukan sahaja
  • Juara Bertahan layak bertanding secara automatik untuk Liga DCL 2019.
  • Dua puluh (20) pasukan pertama yang mendaftar akan layak untuk bertandingan dalam Liga.
  • Manakala pasukan- pasukan dari nombor 21 hingga 25 dalam senarai pendaftaran akan ditempattkan dalam senarai menunggu.

Pendaftaran pasukan dan pemain hanya boleh dilakukan melalui penyelaras kejohanan atau urusetia kejohanan. Maklumat kesemua pemain dan sekurangkurangnyadua (2) orang pegawai pasukan harus dikemaskinikan semasa proses pendaftaran. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan prosespendaftaran pasukan akan ditolak.

Walau apapun pengesahan terakhir untuk penyertaan sesuatu pasukan dalam Liga DCL adalah tertakluk kepada pasukan menepati syarat-syarat yang tertera dalam klausa 9 (b) dan 10, kegagalan berbuat demikian akanmenyebabkan slot pasukan yang berkenaan akan di lucuthakkan dan diberi kepada pasukan yang berada didalam senarai menunggu.

Jawatankuasa Penganjur berhak untuk menentukan kelayakan sesuatu pasukan untuk menyertai Liga DCL.

7.KELAYAKAN PEMAIN

  • Hanya pemain yang lahir pada tahun 2006 hingga 2008 layak menyertaiLiga DCL (minima umur pemain ialah 10 tahun dan maksima 12 tahun).
  • Dibuka kepada pemain-pemain lelaki dan perempuan (samada sebagai satu pasukan perempuan atau lelaki sepenuhnya atau satu pasukan campuran perempuan dan lelaki).
  • Hanya untuk warganegara Malaysia sahaja.
  • Seorang pemain hanya dibenarkan bermain untuk satu pasukan sahaja

8.PEMAIN YANG TIDAK LAYAK

Pemain yang berada atau terlibat dalam Program Bolasepak berikut adalah tidak dibenarkan bermain dalam Liga DCL :

  • i. Sekolah Sukan Negeri
  • ii. Sekolah Sukan Kebangsaan
  • iii. Akademi Bolasepak Kebangsaan (Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari) – Gambang

9.PENDAFTARAN PEMAIN

  • Setiap pasukan harus mendaftar 18 orang pemain dan maksima 4 orang pegawai pasukan sahaja. Hanya 4 orang pegawai ini berserta pemain di benarkan berada di kawasan teknikal pasukan semasa perlawanan sedang berlangsung.
  • Borang Pendaftaran Pasukan perlu disempurnakan secara atas talian  kepada pihak penganjur liga 7 hari sebelum perlawanan pertama.
  • Untuk pertukaran pemain semasa perlawanan dijalankan adalah tidak dibenarkan sama sekali kecuali pemain tersebut mempunyai surat daripada doctor yang menyatakan bahawa pemain tersebut tidak dapat bermain atau melakukan aktiviti lasak itu dibenarkan.
  • Bagi pemain-pemain yang telah mengundurkan diri dari Kelab/ Pasukan beliau yang lama dan seterusnya mendaftarkan diri dengan salah sebuah pasukan dalam Liga DCL, prosedur berikut harus diikuti:
    • i.Pemain berkenaan harus mendapatkan Surat Perlepasan Bertulis dari Kelabatau Pasukan lama beliau.
    • ii.Sekiranya tiada Surat Perlepasan Bertulis dari Kelab/ Pasukan lama, Jendela 3bulan dari tarikh pendaftaran dengan Kelab/ Pasukan baru adalah disyaratkansebelum pemain tersebut layak untuk menyertai Liga DCL.
    • iii.Sekiranya berlaku pertikaian diantara pasukan-pasukan yang bertanding berkenaan seseorang pemain, kelab terbaru pemain berkenan harusmengemukakan borang-borang yang btersebut diatas (surat perlepasan danborang pendaftaran bersama Kelab/ Pasukan baru) kepadaJawatankuasaPenganjur di mana status dan penglibatan pemain berkenaan dalam LigaDCL akan ditentukan. Keputusan pihak Jawatankuasa Pertandingan adalah muktamad.
    • iv.Mana-mana Kelab/ Pasukan yang melanggar syarat-syarat Pendaftaran Pemain seperti di atas(klausa 7 hingga 9(c) akan hilang kelayakan dandisingkirkan serta merta dari Liga DCL. Semua perlawanan yangmelibatkan Kelab/ Pasukan yang disingkirkan akan dihadiahkan kepada pihaklawan dengan jaringan 3-0

10.YURAN PENYERTAAN LIGA (SEPASUKAN)

Ringgit Malaysia Tujuh Ratus (RM700.00) sahaja

Yuran harus dijelaskan 7 hari sebelum perlawanan pertama

11.FORMAT PERMAINAN

Permainan secara 9 sebelah dengan offside

12.MASA PERLAWANAN

Maksima masa penuh permainan adalah seperti berikut:

  • Setiap perlawanan akan dilangsungkan selama 45 minit iaitu 20 minit setiap separuh masa dengan masa rehat selama 5 minit diantara tiupan wisel penamat separuh masa pertama hingga tiupan wisel permulaan separuh masa kedua.
  • Setiap pasukan harus berada didalam padang perlawanan pada masa yang ditetapkan dalam Jadual Perlawanan Liga DCL. Sesebuah pasukan yang gagal memasuki padangperlawanan pada masa yang ditetapkan diberi tempoh masa 10 minit (dari masa yang ditetapkan) untuk berbuat demikian.
  • Sekiranya pasukan yang terlibat gagal berbuat demikian dalam tempoh masa yang diberikan, kemenangan percuma (walkover) akan diberikan kepada pihak lawan dengan keputusan jaringan 3-0.

13.PERTUKARAN/ PERUBAHAN MASA PERLAWANAN

Jawatankuasa Teknikal berhak untuk membuat sebarang pertukaran dan atau perubahan berkaitan masa perlawanan, dengan memberi notis awal kepada pasukan-pasukan yang terlibat. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada semua pasukan yang terlibat dan juga melalui halaman Facebook  – https://www.facebook.com/developmentchampionleague/ dan www.dchampionleague.com 

14.FORMAT PERTANDINGAN LIGA ZON

Format pertandingan terdiri dari 3 peringkat:

Perlawanan Peringkat Liga

a. Peringkat Liga akan dimainkan secara format Liga dan pasukan-pasukandibahagikan kepada dua kumpulan (A dan B) dengan setiap pasukan bermainsatu perlawanan dengan pasukan-pasukan lain dalam kumpulan masing-masing,dengan tiga (3) mata untuk kemenangan, satu (1) mata untuk seri dan kosong (0) mata untukkekalahan.

b. Dalam sistem Liga, kedudukan pasukan dalam setiap Kumpulan akan di tentukan seperti berikut;

  • Jumlah mata terbanyak yang diperolehi dari semua perlawanan peringkatKumpulan.
  • Sekiranya terdapat dua atau lebih pasukan yang mempunyai jumlah mata yangsama, kedudukan pasukan akan ditentukan melalui turutan berikut: .
    • a)Perbezaan Jaringan – pasukan yang mempunyai perbezaan jaringan gol yanglebih baik
      akan layak.
    • b)Jaringan Gol – Pasukan yang mempunyai jaringan gol yang terbanyak akanlayak.
    • c)Gol Yang Dilepaskan – pasukan yang mempunyai jumlah gol terendah yang dilepaskan akan layak.
    • d)Keputusan Perlawanan diantara pasukan-pasukan yang terlibat (Head to Head).
    • e)Kutipan kad kuning yang terendah.

Peringkat Separuh-akhir

Dua pasukan yang menduduki tangga teratas dalam kumpulan masing-masing (kumpulan A dan B) diakhir pusingan liga akan layak ke pusingan separuh Akhir kalah-mati seperti berikut:

  • Separuh-Akhir 1 – Johan Kumpulan A Mln Naib Johan Kumpulan B
  • Separuh-Akhir 2 – Johan Kumpulan B Mln Naib Johan Kumpulan Perlawanan Tempat Ke 3 & 4 Dan Perlawanan Akhir
  • Tempat Ke 3 & 4 – Tewas Separuh-Akhir 1 Lwn Tewas Separuh-Akhir 2
  • Peringkat Akhir – Pemenang Separuh-Akhir 1 Lwn Pemenang Separuh-Akhir 2

Jawatankuasa Teknikal berhak untuk membuat perubahan kepada format Liga DCL sekiranya jumlah pasukan yang bertanding adalah kurang dari 16 pasukan

15.HADIAH-HADIAH LIGA PERINGKAT ZON

  • Johan – Piala + Wang Tunai RM 2,000.00 + 22 Medal
  • Naib Johan – Wang Tunai RM 1,500.00 + 22 Medal
  • Tempat Ketiga – Wang Tunai RM 1,000.00 + 22 Medal
  • Tempat Keempat – Wang Tunai RM700.00 + 22 Medal
  • Hadiah Fair Play – Piala (sila rujuk klausa 17)

16.ANUGERAH KHAS LIGA PERINGKAT ZON:

  • Penjaring Gol Terbanyak Liga *
  • Pemain Terbaik Liga
  • Penjaga Gol Terbaik
  • Pemain Terbaik Perlawanan Akhir

* Sekiranya terdapat 2 atau lebih pemain dengan jumlah jaringan yang sama,pemain yang menjaringkan gol terakhir akan di gelar pemenang.

17.HADIAH FAIR PLAY

Matlamat hadiah ini adalah untuk memberi penghargaan kepada pasukan yang mempamerkan semangat kesukanan sepanjang perjalanan Liga DCL dari segi:

  • Kelakuan para pemain sebelum, sewaktu, dan selepas permainan.
  • Jumlah kad kuning dan merah
  • Kelakuan bangku simpanan sewaktu permainan (pemain simpanan dan pegawai)
  • Kelakuan para penyokong sebelum, sewaktu, dan selepas permainan.
  • Jawatankuasa Penganjur akan memutuskan pemenang hadiah ini berpandukan kriteria diatas dan dari maklum-balas dari pegawai-pegawai perlawanan dan ahliahli Jawatankuasa Pertandingan

18.PERTUKARAN PEMAIN

Pertukaran berguling (Rolling substitution) – Pemain yang telah dikeluarkan dibenarkan bermain/ memasuki semula perlawanan yang sama.

19.JUMLAH PEMAIN UNTUK MEMULAKAN SESUATU PERLAWANAN

Jumlah minima pemain untuk memulakan sesuatu perlawanan adalah tujuh (7) orang dan jika kurang dari angka ini kemenangan tanpa bertanding/ kemenangan percuma (walkover) akan diberikan kepada pihak lawan dengan jaringan 3-0.

21.JERSI PASUKAN DAN NOMBOR

  • Pasukan- pasukan harus membawa dua (2) set jersi pada setiap hari perlawanan.
  • Pemain harus berpakaian jersi seragam, seluar,stokin dan shin-pad tetapi pakaian penjaga gol mesti berlainan dari pemain-pemain lain. Penjaga goal utama dan simpanan harus memakai pakaian sama warna untuk setiap perlawanan.
  • Tight dan Inner harus mengikuti warna akhir pada lengan atau seluar.
  • Semua pasukan harus memakai jersi yang bernombor di belakang dan nombor-nombor ini harus sama dengan nombor jersi pemain yang Tersenarai dalam borang Pendaftaran Pasukan yang diserahkan kepada Jawatankuasa Pertandingan.
  • Ketua Pasukan harus memakai armband.
  • Jawatankuasa Pertandingan Liga DCL akan menentukan warna jersi yang akan digunakan oleh pasukan-pasukan dalam peringkat kalah-mati setelah berunding dengan Pengurus-pengurus Pasukan yang terlibat.
  • Sekiranya kedua-dua pasukan memakai jersi yang berwarna sama, pasukan yang di namakan dahulu dalam jadual perlawanan di kehendaki menukar jersi mereka atau memakai bib yang disediakan oleh pihak penganjur.
  • Kesemua pemain di haruskan memakai nombor jersi yang sama sepanjang Liga DCL (seperti yang di senaraikan dalam Borang Pendaftaran Pasukan).

20.MY KAD PEMAIN

  • Semua pasukan yang bertanding berhak untuk memeriksa kad pengenalan pemain pihak lawan. Hanya 18 pemain dan empat (4)orang pegawai pasukan yang didaftarkan untuk Liga DCL.
  • Pegawai-pegawai liga akan melakukan pemeriksaan kad pengenalan setaip pemain dan pegawai sebelum perlawanan dimulakan.
  • Pemain dan pegawai yang tidak membawa kad pengenalan adalah dilarang sama sekali dari beraksi dalam sebarang perlawanan sehingga belia mengemukakan kad pengenalan kepada pihak penganjur.
  • Kesemua pemain dimestikan membawa salinan Sijil Kelahiran/MyKid/Mykad (yang mana terkini)masing-masing pada hari perlawanan Liga DCL untuk tujuan penentusahan.

22.LOGO PENGANJUR (DCL)

  • Pihak penganjur akan menyediakan logo DCL kepada pasukan yang bertanding (18 helai logo sepasukan – untuk 1 set jersi) . Manakala penambahan logo akan dikenakan bayaran.
  • Semua pasukan harus mempamerkan logo berkenaan di bahagian kanan lengan jersi setiap pemain
  • Mana-mana pasukan atau pemain yang memakai jersi tanpa mempamerkan logo DCL (seperti yang tertera dalam klausa 22) tidak akan dibenarkan memasuki padang perlawanan sehingga:
    • Bagi pasukan – tempoh masa 10 minit diberikan (dari masa sepak mula yang dijadualkan) untuk membuat pertukaran jersi dan sekiranya gagal berbuat demikian dalam jangkamasa yang diberikan, kemenangan percuma (walkover)akan diberikan kepada pihak lawan dengan jaringan 3 – 0.
    • Manakala untuk pemain individu – sehingga pemain berkenaan memakai jersi seperti yang diperuntukan dalam klausa 22 (warna jersi harus seragam dengan jersi yang dipakai oleh rakan-rakan sepasukan).

23.BORANG SENARAI PASUKAN HARI PERLAWANAN

Sebelum bermulanya perlawanan pertama pasukan seperti yang dijadualkan setiap pasukan harus menyerahkan kepada Urusetia “Borang Senarai Pasukan Hari Perlawanan”dimana nombor, nama penuh pemain (18 pemain) berserta pegawai pasukan harus di isi (dalam huruf besar) dan di tandatangani oleh Ketua Jurulatih / Pengurus Pasukan.

  • Nombor jersi yang dipakai oleh pemain harus sama dengan nombor jersi yangdinyatakan dalam Borang Senarai Pasukan Hari Perlawanan dan BorangPendaftaran Pasukan. Penjaga Gol (GK) dan Ketua Pasukan (C) harus dikenalpasti dalam borang berkenaan.
  • Pertukaran pemain dalam sesuatu perlawanan adalah tidak terhad. Pemain yang diganti di benarkan untuk memasuki semula perlawanan

24.TEMPAT DUDUK PASUKAN (KAWASAN TEKNIKAL)

  • Hanya empat (4) orang pegawai pasukan yang berdaftar dan sembilan (9) pemain simpanan sahaja yang dibenarkan berada di dalam kawasan bangku simpanan /teknikal pasukan pada sesuatu masa. Nama dan fungsi pegawai dan pemain ini harus disenaraikan dalam borang rasmi Senarai Pasukan Hari Perlawanan.
  • Pemain dan pegawai yang dikenakan hukuman gantung perlawanan dan mereka yang dilayangkan kad merah semasa perlawanan adalah di larang sama sekali dari berada dalam kawasan teknikal.

25.PERLAWANAN SERI DALAM:

Separuh-Akhir, Tempat Ke 3 & 4 dan Perlawanan Akhir:

  • Masa tambahan 7 minit (3 minit setiap separuh masa).
  • Sepakan Penalti – 3 tendangan setiap pasukan (hanya pemain yang berada dipadang pada akhir permainan masa penuh layak mengambil sepakan penalti).
  • Sepakan penalti ‘Sudden Death’ – sekiranya selepas 3 tendangan penalti keputusan masih seri, tendangan penalti ‘Sudden Death’ akan diambil sehingga pemenang dapat di tentukan.

26.MENENTUKAN PEMENANG MELALUI SEPAKAN PENALTI

  • Sekiranya keputusan perlawanan sepenuh masa masih seri, sepakan penalti harus diambil untuk menentukan pemenang, mengikut prosedur yang tertera dalam Undang-undang Permainan.
  • Pengadil akan menentukan gol yang akan digunakan untuk sepakan penalti:
    • Terutamanya tapi tidak terhad, diatas sebab-sebab keselamatan, keadaanpadang permainan, lampu limpah, dan sebagainya, Pengadil boleh memilih golyang akan digunakan tanpa menggunakan ‘toss coin’. Dalam soal ini beliau tidak perlu memberikan justifikasi diatas keputusan yang diambil, dimana ianya adalah muktamad.
    • Sekiranya beliau berpendapat kedua-dua gol boleh digunakan untuk sepakan penalti, maka dengan kehadiran kedua-dua ketua pasukan, beliau akan menentukan gol yang mana akan digunakan melalui ‘toss coin’. Beliau seterusnya akan melambungkan duit syiling untuk menentukan gol mana yangakan digunakan.
    • Bagi memastikan prosedur ini diamalkan, Pengadil akan dibantu oleh PenolongPengadil dan Pegawai ke 4.
    • Jika pengambilan sepakan dari penanda penalti tidak dapat disempurnakan oleh kerana keadaan cuaca atau atas sebab luar jangka, keputusan perlawanan akan ditentukan melalui cabutan undi yang dikendalikan oleh Pengadil dihadapan Pengurus Liga Zon dan kedua-dua pasukan.

27.PEMAIN YANG DI BERI AMARAN ATAU DIPERINTAH KELUAR PADANG

Kad Kuning

  • Pemain yang menerima dua (2) kad kuning dalam satu perlawanan akan digantung untuk perlawanan seterusnya (satu (1) perlawanan)
  • Pemain yang menerima 3 kad kuning semasa perlawanan liga peringkat kumpulan akan digantung secara automatik untuk perlawanan seterusnya dari perlawanan di mana beliau menerima kad kuning yang ketiga.
  • Kad kuning tunggal yang diterima dalam peringkat liga tidak akan diambil kira untuk peringkat seterusnya (pusingan kalah-mati).
  • Setiap satu kad kuning akan dikenakan denda RM 10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) demi mendidik dan mendisiplinkan pemain semasa perlawanan dijalankan.

Kad Merah

  • Pemain yang dilayangkan kad merah (secara lansung) semasa pertandinganakan digantung secara otomatik untuk dua (2) perlawanan seterusnya dariperlawanan dimana beliau menerima kad merah.
  • Pemain atau pegawai pasukan yang diperintah keluar padang (kad merah) olehpengadil akan kekal digantung sehingga kes beliau telah ditentukan oleh Jawatankuasa Disiplin Liga DCL dan atau Lembaga DisiplinPersatuan Bolasepak Johor Bahru (JBFA)
  • Sekiranya terdapat kurang dari tujuh (7) pemain diantara salah satu pasukan perlawanan berkenaan akan dibatalkan. Dalam hal ini, Jawatankuasa Disiplin JBFA akan mengambil tindakan yang sewajarnya.
  • Setiap satu kad merah akan dikenakan denda RM 50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja) demi mendidik dan mendisiplinkan pemain semasa perlawanan dijalankan.

28.KEPUTUSAN PENGADIL

Keputusan Pengadil adalah MUKTAMAD.

30.SALAHLAKU

Jawatankuasa Penganjur Liga DCL akan menggunakan satu Jawatankuasa Disiplin Pertandingan yang terdiri dari tiga (3) ahli yang dicalonkan oleh JBFA. Semua kes salah-laku akan dilaporkan oleh penganjur/ pengadil perlawanan akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Penganjur Liga DCL yang seterusnya akan memaklumkan kepada ahli Jawatankuasa Disiplin untuk bersidang dan mempertimbangkan kes yang dilaporkan.

Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Disiplin Pertandingan boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Rayuan JBFA untuk keputusan akhir.

31.PERLAWANAN YANG DIHENTIKAN DAN PEMBATALAN PERLAWANAN

Sekiranya perlawanan dihentikan oleh Pengadil sebelum tamat masa permainan biasa atau semasa tambahan masa diatas sebab-sebab yang diluar jangka atau atas insiden lain tetapi tidak terhad kepada, keadaan padang, keadaan cuaca, kerosakan lampu limpah dan lain-lain, langkah-langkah berikut harus dipatuhi:

  • Perlawanan tersebut ditangguh secara automatik selama tiga puluh (30) minit,melainkan pengadil memutuskan perlawanan boleh dimulakan lebih awal, untukmembolehkan keadaan bertambah baik bagi memulakan semua perlawanan.
  • Atas budi bicara/ kebijaksanaan pengadil, satu lagi tangguhan untuk maksima tiga puluh (30) minit dibenarkan jika pada pendapat beliau tambahan masapenangguhan ini akan membolehkan perlawanan disambung semula. Sekiranya tidak, pada akhir tangguhan kali kedua, Pengadil harus mengisytiharkan bahawa perlawanan tersebut dibatalkan.
  • Untuk perlawanan yang dibatalkan, pihak penganjur liga akan menentukan dalam tempoh masa dua (2) jam dari keputusan pengadil untuk membatalkan perlawanan,samada keputusan perlawanan pada waktu pembatalan adalah sah atau perlawanan semula diadakan, dengan mengambil kira aspek semangat kesukanan dan penganjuran.
  • Tiada rayuan/ bantahan boleh dibuat ke atas keputusan yang dibuat dibawah klausa 31

32.LAPORAN KOMISIONER PERLAWANAN DAN PENGADIL

Selain dari laporan pengadil, komisioner perlawanan bertanggungjawab membuat/membentangkan semua laporan kepada Jawatankuasa Pertandingan:

Pegawai

  • Penilai Pengadil, Pengadil dan Penolong Pengadil akan dilantik oleh JBFA

Kakitangan

  • Pegawai Keselamatan, Pegawai Perubatan, Ball Boy dan sebagainya akan dilantik oleh Jawatankuasa Pertandingan Liga

33.BANTAHAN DAN ADUAN

  • Tertakluk kepada peruntukan berikut, bantahan adalah sebarang bangkangan terhadap sesuatu kejadian yang mempunyai akibat langsung kepada perlawanan yang dianjurkan dalam pertandingan ini (keadaan dan penandaan padang, peralatan perlawanan, kelayakan pemain, keaadaan stadium, bola dan sebagainya).
  • Sebarang bantahan hendaklah diserahkan secara atas talian di dalam borang BANTAHAN/RAYUAN  TENTANG PERLAWANAN
    dalam jangka masa satu (1) jam selepas tamat perlawanan dan disusuli dengan laporan bertulis penuh, termasuk bukti bersama-sama yuran bantahan sebanyak RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus sahaja). Sekiranya bantahan yang tidak berasas atau tidak bertanggungjawab dikemukakan, Jawatankuasa Penganjur boleh mengenakan denda dan yuran bantahan sebanyak RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus sahaja) tidak akan dipulangkan.
  • Tiada bantahan dibenarkan terhadap keputusan Pengadil berkaitan fakta perlawanan berkenaan, semua keputusan Pengadil adalah muktamad.
  • Sebarang persoalan atau intepretasi Undang-undang akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Pertandingan/ Jawatankuasa JBFA

34.PERATURAN YANG TIDAK DI PERUNTUKAN

Peraturan standard FIFA/ FAM akan digunakan, sekiranya gagal, keputusanJawatankuasa Teknikal adalah muktamad.

35.BOLA

Bola rasmi pertandingan yang diiktiraf oleh FIFA akan digunakan untuk semua perlawanan liga.

36.KELAYAKAN KETUA JURULATIH

Minima Lesen Grasroot FAM atau Sijil Kejurulatihan Peringkat Akar-umbi FAM / MSN.Kesemua pasukan dikehendaki mengemukakan salinan lesen/ sijil Ketua Jurulatih pasukan kepada Jawatankuasa Penganjur 7 hari sebelum perlawanan pertama.

37.PENARIKAN PASUKAN DARI LIGA

Sekiranya terdapat pasukan yang menarik diri setelah bermulanya perlawanan Liga DCL, tindakan berikut akan dilaksanakan;

  • Semua perlawanan yang dijadualkan dan melibatkan pasukan ini akan dibatalkan.
  • Semua keputusan perlawanan yang telah dilangsungkan dan melibatkan pasukan berkenaan turut dibatalkan dan tidak akan diambil kira dalam menentukan kedudukan carta Liga.
  • Pasukan yang berkenaan juga akan digantung serta-merta dari menyertai atau mengambil bahagian dalam Liga DCL/JBFA pada tahun yang berikutnya

38.PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN

Semua pasukan yang mengambil bahagian adalah terikat kepada peraturan-peraturan lLiga dan tertakluk kepada sebarang perubahan yang akan dimaklumkan oleh DCL terlebih dahulu.

39.PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DISYARATKAN

Perkara-perkara yang tidak disyaratkan dalam Peraturan dan diluar bidang kuasa akan ditentukan oleh Jawatankuasa Penganjur, dimana keputusan yang diambil adalah muktamad.

LENGKAPKAN BORANG DI BAWAH INI