MPPG-DCL FIESTA

MPPG-DCL FIESTA

BAWAH 10,12,14 7 16 TAHUN

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN LIGA

1. PENYATAAN

  • Semua hakcipta berkaitan Liga DCL ini adalah hak-milik Development Champion League Resources.
  • Undang-undang dan Peraturan Pertandingan ini melaraskan hak, kewajipan dan tanggungjawab semua pasukan yang bertanding dalam Liga DCL ini,
  • Jawatankuasa penganjur liga berhak untuk meminda dan/ atau menukar undang-undang dan peraturan tanpa memberi notis kepada mana-mana pihakyang berkenaan.

2.PERATURAN TEKNIKAL

Semua perlawanan akan dimainkan mengikut Undang-undang Permainan Bolasepak:

  • Undang-undang dan peraturan permainan yang telah ditetapkan oleh lembaga persatuan bolasepak antarabangsa dan diterbitkan oleh FIFA/ FAM.
  • Sekiranya terdapat kemusykilan dalam penterjemahan undang-undang dan peraturan permainan, versi inggeris akan diutamakan.

3.STRUKTUR LIGA DCL

Liga DCLakan dianjurkan secara dua (2) peringkat seperti berikut:

1. Peringkat kumpulan.

  • Dibahagi kepada empat (4) kumpulan iaitu A,B,C,D setiap satu kumpulan mempunyai lima (5) pasukan.
  • Dua (2) pasukan teratas akan layak bermain ke pusingan suku akhir.

2. Pusingan kalah mati.

  • Empat (4) pasukan terdiri dari dua pasukan dari kumpulan A dan B akan bermain untuk separuh akhir.

4.MAKSIMA JUMLAH PASUKAN

Maksima jumlah pasukan yang bertanding ialah dua puluh (20) pasukan sahaja.

5.KELAYAKAN PASUKAN

  • Kejohanan MPPG-DCL FIESTA 2019 ini terbuka kepada semua pasukan yang menyertai
  • Akademi Bolasepak Kebangsaan (Akademi Bolasepak Negara Mokhtar Dahari)Gambang tdak dibenarkan untuk mneyertai MPPG-DCL FIESTA ini.
  • Pemain-pemain yang berada dalam program Projek Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) dibenarkan bermain dalam MPPG-DCL FIESTA 2019.

6.JUMLAH PASUKAN YANG BERTANDING DAN PENDAFTARAN

  1. Dua puluh (20) pasukan sahaja
  2. Juara Bertahan layak bertanding secara automatikcdan percuma untuk Liga DCL 2019.
  3. Dua puluh (20) pasukan pertama yang membuat pembayaran deposit atau bayaran penuh akan layak  untuk bertandinga dalam MPPG-DCL FIESTA 2019

Pendaftaran pasukan dan pemain hanya boleh dilakukan melalui penyelaras kejohanan atau urusetia kejohanan. Maklumat kesemua pemain dan sekurang-kurangnya dua (2) orang pegawai pasukan harus dikemaskinikan semasa proses pendaftaran. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan prosespendaftaran pasukan akan ditolak.

Walau apapun pengesahan terakhir untuk penyertaan sesuatu pasukan dalam MPPG-DCL FIESTA adalah tertakluk kepada pasukan menepati syarat-syarat yang tertera dalam klausa 9 (b) dan 10, kegagalan berbuat demikian akanmenyebabkan slot pasukan yang berkenaan akan di lucuthakkan dan diberi kepada pasukan yang berada didalam senarai menunggu.

Jawatankuasa Penganjur berhak untuk menentukan kelayakan sesuatu pasukan untuk menyertai MPPG-DCL FIESTA 2019

7.KELAYAKAN PEMAIN

  1. Bawah 10 Tahun – Hanya pemain yang lahir pada tahun 2010 hingga 2009 layak menyertai
    (minima umur pemain ialah 9 tahun dan maksima 10 tahun).
  2. Bawah 12 Tahun – Hanya pemain yang lahir pada tahun 2007 hingga 2008 layak menyertai
    (minima umur pemain ialah 11 tahun dan maksima 12 tahun).
  3. Bawah 14 Tahun – Hanya pemain yang lahir pada tahun 2005 hingga 2006 layak menyertai
    (minima umur pemain ialah 13 tahun dan maksima 14 tahun).
  4. Bawah 16 Tahun – Hanya pemain yang lahir pada tahun 2003 hingga 2004 layak menyertai
    (minima umur pemain ialah 15 tahun dan maksima 16 tahun).
  5. Dibuka kepada pemain-pemain lelaki dan perempuan (samada sebagai satu pasukan perempuan atau lelaki sepenuhnya atau satu pasukan campuran perempuan dan lelaki).
  6. Terbuka kepada semua warganegara.
  7. Seorang pemain hanya dibenarkan bermain untuk satu pasukan sahaja.

8.PEMAIN YANG TIDAK LAYAK

Pemain yang berada atau terlibat dalam Program Bolasepak berikut adalah tidak dibenarkan bermain dalam Liga DCL :

  • i. Sekolah Sukan Negeri
  • ii. Sekolah Sukan Kebangsaan
  • iii. Akademi Bolasepak Kebangsaan (Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari) – Gambang

9.PENDAFTARAN PEMAIN

  1. Bawah 10 Tahun – Setiap pasukan harus mendaftar 14 orang pemain dan maxima 4 orang pegawai pasukan sahaja. Hanya 4 orang pegawai ini berserta pemain di benarkan berada di kawasan teknikal pasukan semasa perlawanan sedang berlangsung.
  2. Bawah 12 Tahun – Setiap pasukan harus mendaftar 16 orang pemain dan maxima 4 orang pegawai pasukan sahaja. Hanya 4 orang pegawai ini berserta pemain di benarkan berada di kawasan teknikal pasukan semasa perlawanan sedang berlangsung.
  3. Bawah 14 & 16 Tahun – Setiap pasukan harus mendaftar 18 orang pemain dan maxima 4 orang pegawai pasukan sahaja. Hanya 4 orang pegawai ini berserta pemain di benarkan berada di kawasan teknikal pasukan semasa perlawanan sedang berlangsung.
  4. Borang Pendaftaran Pasukan dan Borang Penyata Persetujuan Pemain dan Ibubapa berserta salinan MyKad pemain perlu diserahkan kepada pihak Penganjur kejohanan pada atau sebelum Mesyuarat Pengurus Pasukan.
  5. Mana-mana Kelab/ Pasukan yang melanggar syarat-syarat Pendaftaran Pemain seperti di atas (klausa 7 hingga 9(c) akan hilang kelayakan dan disingkirkan serta merta dari Liga DCL. Semua perlawanan yang melibatkan Kelab/ Pasukan yang disingkirkan akan dibatalkan termasuk semua perkara yang melibatkan jaringan,bolos,kad serta kecuali denda jika ada

10.YURAN PENYERTAAN LIGA (SEPASUKAN)

Ringgit Malaysia Tiga Ratus Lima Puluh Sahaja (RM350.00).
a. Rm 150 untuk booking slot.
Yuran harus dijelaskan pada atau sebelum Mesyuarat Pengurus Pasukan.

11.FORMAT PERMAINAN

Bawah 10 Tahun – 7 Sebelah
ii. Bawah 12 Tahun – 9 Sebelah
iii. Bawah 14 Tahun – 11 Sebelah
iv. Bawah 16 Tahun – 11 Sebelah

12.MASA PERLAWANAN

Maxima masa penuh permainan adalah seperti berikut:

Setiap perlawanan akan dilangsungkan selama 15 minit separuh masa sahaja tiada waktu rehat.

Setiap pasukan harus berada didalam padang perlawanan pada masa yang ditetapkan dalam Jadual Perlawanan Kejohanan MPPG – DCL FIESTA 2019. Sesebuah pasukan yang gagal memasuki padang perlawanan pada masa yang ditetapkan diberi tempoh masa 10 minit (dari masa yang ditetapkan) untuk berbuat demikian. Sekiranya pasukan yang terlibat gagal berbuat demikian dalam tempoh masa yang diberikan, kemenangan percuma (walkover) akan diberikan kepada pihak lawan dengan keputusan jaringan 3-0.

13.PERTUKARAN/ PERUBAHAN MASA PERLAWANAN

Jawatankuasa Teknikal berhak untuk membuat sebarang pertukaran dan atau perubahan berkaitan masa perlawanan, dengan memberi notis awal kepada pasukan-pasukan yang terlibat. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada semua pasukan yang terlibat dan juga melalui halaman Facebook  – https://www.facebook.com/developmentchampionleague/ dan www.dchampionleague.com 

14.FORMAT PERTANDINGAN LIGA ZON

Format pertandingan terdiri dari 3 peringkat:

KEJOHANAN MPPG – DCL FIESTA 2019

a. Peringkat ini akan dimainkan secara format Liga dan pasukan-pasukan dibahagikan kepada empat kumpulan (A,B,C dan D) dengan setiap pasukan bermain Empat perlawanan dengan dalam kumpulan masing-masing, dengan 3 mata untuk kemenangan, 1 mata untuk seri dan kosong mata untuk kekalahan.

b. Dalam sistem Liga, kedudukan pasukan dalam setiap Kumpulan akan di tentukan seperti berikut;i. Jumlah mata terbanyak yang diperolehi dari semua perlawanan peringkat Kumpulan.

ii. Sekiranya terdapat dua atau lebih pasukan yang mempunyai jumlah mata yang sama, kedudukan pasukan akan ditentukan melalui turutan berikut: .

 Perbezaan Jaringan – pasukan yang mempunyai perbezaan jaringan gol yang lebih baik
akan layak.
 Jaringan Gol – Pasukan yang mempunyai jaringan gol yang terbanyak akan
layak.
 Gol Yang Dilepaskan – pasukan yang mempunyai jumlah gol terendah yang dilepaskan
akan layak.
 Keputusan Perlawanan diantara pasukan-pasukan yang terlibat (Head to Head).
 Kutipan kad yang terendah.
PERINGKAT SUKU AKHIR DAN SEPARUH AKHIR

Dua pasukan yang menduduki tangga teratas dalam kumpulan masing-masing
(Kumpulan A,B,C dan D) diakhir pusingan Kejohanan akan layak ke Pusingan Suku
Akhir Kalah-Mati.

Pasukan yang berada di kedudukan No. 1 hingga No. 4 dalam setiap kumpulan secara automatic layak untuk bertanding dalam Kejohanan LIGA DCL 2019 untuk 16 Pasukan sahaja.

Jika ada penarikan diri daripada pasukan, maka perkawanan Play-OFF akan diadakan.

PERLAWANAN TEMPAT ¾ DAN AKHIR
Tempat Ke 3 & 4 – Tewas Separuh-Akhir 1 Lwn Tewas Separuh-Akhir 2

Peringkat Akhir – Pemenang Separuh-Akhir 1 Lwn Pemenang Separuh-Akhir 2

Jawatankuasa Teknikal berhak untuk membuat perubahan kepada format Kejohanan MPPG – DCL FIESTA 2019 sekiranya jumlah pasukan yang bertanding adalah kurang dari 20 pasukan.

15.HADIAH-HADIAH LIGA PERINGKAT ZON

  • Johan – Piala + Wang Tunai RM 1, 000.00 + Medal
  • Naib Johan – Wang Tunai RM 700.00 + Medal
  • Tempat Ketiga – Wang Tunai RM 400.00 + Medal
  • Tempat Keempat – Wang Tunai RM 400.00 + Medal

16.PERTUKARAN PEMAIN

Pertukaran berguling (Rolling substitution) – Pemain yang telah dikeluarkan dibenarkan bermain/ memasuki semula perlawanan yang sama.

19.JUMLAH PEMAIN UNTUK MEMULAKAN SESUATU PERLAWANAN

Jumlah minima pemain untuk memulakan sesuatu perlawanan adalah tujuh (7) dan sembilan (9)
orang dan jika kurang dari angka ini kemenangan tanpa bertanding/ kemenangan
percuma (walkover) akan diberikan kepada pihak lawan dengan jaringan 3-0.

21.JERSI PASUKAN DAN NOMBOR

  1. Pasukan- pasukan harus membawa dua (2) set jersi pada setiap hari perlawanan.
  2. Pemain harus berpakaian jersi seragam, seluar,stoking dan shin-pad tetapi pakaian penjaga gol mesti berlainan dari pemain-pemain lain. Penjaga goal utama dan simpanan harus memakai pakaian sama warna untuk setiap perlawanan.
  3.  Semua pasukan harus memakai jersi yang bernombor di belakang dan Nombor-nombor ini harus sama dengan nombor jersi pemain yang tersenarai dalam borang Pendaftaran Pasukan yang diserahkan kepada Jawatankuasa Pertandingan.
  4. TIGHT DAN INNER HARUS MENGIKUTI WARNA AKHIR PADA LENGAN ATAU SELUAR.
  5. Ketua Pasukan harus memakai armband.
  6. Jawatankuasa Pertandingan akan menentukan warna jersi yang akan digunakan oleh pasukan-pasukan dalam peringkat kalah-mati setelah berunding dengan Pengurus-pengurus Pasukan yang terlibat.
  7. Sekiranya kedua-dua pasukan memakai jersi yang berwarna sama, pasukan yang di namakan dahulu dalam jadual perlawanan di kehendaki menukar jersi mereka atau memakai bib yang disediakan oleh pihak penganjur.

20.MY KAD PEMAIN

  1. Penganjur berhak untuk memeriksa mykad pemain. Mykad akan disemak sekali sahaja sebelum bermula perlawanan pertama oleh urusetia kejohanan.
  2. Pemain dan pegawai yang tidak mempamerkan mykad kepada urusetia adalah dilarang sama sekali beraksi dalam sebarang perlawanan sehingga beliau mengemukakan mykad kepada pihak Penganjur.
  3. Kesemua pemain dimestikan membawa MyKad masing-masing pada hari perlawanan untuk tujuan penentusahan.

24.TEMPAT DUDUK PASUKAN (KAWASAN TEKNIKAL)

  • Hanya empat (4) orang pegawai pasukan yang berdaftar dan sembilan (9) pemain simpanan sahaja yang dibenarkan berada di dalam kawasan bangku simpanan /teknikal pasukan pada sesuatu masa. Nama dan fungsi pegawai dan pemain ini harus disenaraikan dalam borang rasmi Senarai Pasukan Hari Perlawanan.
  • Pemain dan pegawai yang dikenakan hukuman gantung perlawanan dan mereka yang dilayangkan kad merah semasa perlawanan adalah di larang sama sekali dari berada dalam kawasan teknikal.

25.PERLAWANAN SERI DALAM:

Separuh-Akhir, Tempat Ke 3 & 4 dan Perlawanan Akhir:

  • Masa tambahan 7 minit (3 minit setiap separuh masa).
  • Sepakan Penalti – 3 tendangan setiap pasukan (hanya pemain yang berada dipadang pada akhir permainan masa penuh layak mengambil sepakan penalti).
  • Sepakan penalti ‘Sudden Death’ – sekiranya selepas 3 tendangan penalti keputusan masih seri, tendangan penalti ‘Sudden Death’ akan diambil sehingga pemenang dapat di tentukan.

26.MENENTUKAN PEMENANG MELALUI SEPAKAN PENALTI

  • Sekiranya keputusan perlawanan sepenuh masa masih seri, sepakan penalti harus diambil untuk menentukan pemenang, mengikut prosedur yang tertera dalam Undang-undang Permainan.
  • Pengadil akan menentukan gol yang akan digunakan untuk sepakan penalti:
    • Terutamanya tapi tidak terhad, diatas sebab-sebab keselamatan, keadaanpadang permainan, lampu limpah, dan sebagainya, Pengadil boleh memilih golyang akan digunakan tanpa menggunakan ‘toss coin’. Dalam soal ini beliau tidak perlu memberikan justifikasi diatas keputusan yang diambil, dimana ianya adalah muktamad.
    • Sekiranya beliau berpendapat kedua-dua gol boleh digunakan untuk sepakan penalti, maka dengan kehadiran kedua-dua ketua pasukan, beliau akan menentukan gol yang mana akan digunakan melalui ‘toss coin’. Beliau seterusnya akan melambungkan duit syiling untuk menentukan gol mana yangakan digunakan.
    • Bagi memastikan prosedur ini diamalkan, Pengadil akan dibantu oleh PenolongPengadil dan Pegawai ke 4.
    • Jika pengambilan sepakan dari penanda penalti tidak dapat disempurnakan oleh kerana keadaan cuaca atau atas sebab luar jangka, keputusan perlawanan akan ditentukan melalui cabutan undi yang dikendalikan oleh Pengadil dihadapan Pengurus Liga Zon dan kedua-dua pasukan.

27.PEMAIN YANG DI BERI AMARAN ATAU DIPERINTAH KELUAR PADANG

Kad Kuning

  • Pemain yang menerima dua (2) kad kuning dalam satu perlawanan akan digantung untuk perlawanan seterusnya (satu (1) perlawanan)
  • Pemain yang menerima 3 kad kuning semasa perlawanan liga peringkat kumpulan akan digantung secara automatik untuk perlawanan seterusnya dari perlawanan di mana beliau menerima kad kuning yang ketiga.
  • Kad kuning tunggal yang diterima dalam peringkat liga tidak akan diambil kira untuk peringkat seterusnya (pusingan kalah-mati).
  • Setiap satu kad kuning akan dikenakan denda RM 10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) demi mendidik dan mendisiplinkan pemain semasa perlawanan dijalankan.

Kad Merah

  • Pemain yang dilayangkan kad merah (secara lansung) semasa pertandinganakan digantung secara otomatik untuk dua (2) perlawanan seterusnya dariperlawanan dimana beliau menerima kad merah.
  • Pemain atau pegawai pasukan yang diperintah keluar padang (kad merah) olehpengadil akan kekal digantung sehingga kes beliau telah ditentukan oleh Jawatankuasa Disiplin Liga DCL dan atau Lembaga DisiplinPersatuan Bolasepak Johor Bahru (JBFA)
  • Sekiranya terdapat kurang dari tujuh (7) pemain diantara salah satu pasukan perlawanan berkenaan akan dibatalkan. Dalam hal ini, Jawatankuasa Disiplin JBFA akan mengambil tindakan yang sewajarnya.
  • Setiap satu kad merah akan dikenakan denda RM 50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja) demi mendidik dan mendisiplinkan pemain semasa perlawanan dijalankan.

28.KEPUTUSAN PENGADIL

Keputusan Pengadil adalah MUKTAMAD.

30.SALAHLAKU

Jawatankuasa Penganjur Liga DCL akan menggunakan satu Jawatankuasa Disiplin Pertandingan yang terdiri dari tiga (3) ahli yang dicalonkan oleh JBFA. Semua kes salah-laku akan dilaporkan oleh penganjur/ pengadil perlawanan akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Penganjur Liga DCL yang seterusnya akan memaklumkan kepada ahli Jawatankuasa Disiplin untuk bersidang dan mempertimbangkan kes yang dilaporkan.

Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Disiplin Pertandingan boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Rayuan JBFA untuk keputusan akhir.

31.PERLAWANAN YANG DIHENTIKAN DAN PEMBATALAN PERLAWANAN

Sekiranya perlawanan dihentikan oleh Pengadil sebelum tamat masa permainan biasa atau semasa tambahan masa diatas sebab-sebab yang diluar jangka atau atas insiden lain tetapi tidak terhad kepada, keadaan padang, keadaan cuaca, kerosakan lampu limpah dan lain-lain, langkah-langkah berikut harus dipatuhi:

  • Perlawanan tersebut ditangguh secara automatik selama tiga puluh (30) minit,melainkan pengadil memutuskan perlawanan boleh dimulakan lebih awal, untukmembolehkan keadaan bertambah baik bagi memulakan semua perlawanan.
  • Atas budi bicara/ kebijaksanaan pengadil, satu lagi tangguhan untuk maksima tiga puluh (30) minit dibenarkan jika pada pendapat beliau tambahan masapenangguhan ini akan membolehkan perlawanan disambung semula. Sekiranya tidak, pada akhir tangguhan kali kedua, Pengadil harus mengisytiharkan bahawa perlawanan tersebut dibatalkan.
  • Untuk perlawanan yang dibatalkan, pihak penganjur liga akan menentukan dalam tempoh masa dua (2) jam dari keputusan pengadil untuk membatalkan perlawanan,samada keputusan perlawanan pada waktu pembatalan adalah sah atau perlawanan semula diadakan, dengan mengambil kira aspek semangat kesukanan dan penganjuran.
  • Tiada rayuan/ bantahan boleh dibuat ke atas keputusan yang dibuat dibawah klausa 31

32.LAPORAN KOMISIONER PERLAWANAN DAN PENGADIL

Selain dari laporan pengadil, komisioner perlawanan bertanggungjawab membuat/membentangkan semua laporan kepada Jawatankuasa Pertandingan:

Pegawai

  • Penilai Pengadil, Pengadil dan Penolong Pengadil akan dilantik oleh JBFA

Kakitangan

  • Pegawai Keselamatan, Pegawai Perubatan, Ball Boy dan sebagainya akan dilantik oleh Jawatankuasa Pertandingan Liga

33.BANTAHAN DAN ADUAN

  • Tertakluk kepada peruntukan berikut, bantahan adalah sebarang bangkangan terhadap sesuatu kejadian yang mempunyai akibat langsung kepada perlawanan yang dianjurkan dalam pertandingan ini (keadaan dan penandaan padang, peralatan perlawanan, kelayakan pemain, keaadaan stadium, bola dan sebagainya).
  • Sebarang bantahan hendaklah diserahkan secara atas talian di dalam borang BANTAHAN/RAYUAN  TENTANG PERLAWANAN
    dalam jangka masa satu (1) jam selepas tamat perlawanan dan disusuli dengan laporan bertulis penuh, termasuk bukti bersama-sama yuran bantahan sebanyak RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus sahaja). Sekiranya bantahan yang tidak berasas atau tidak bertanggungjawab dikemukakan, Jawatankuasa Penganjur boleh mengenakan denda dan yuran bantahan sebanyak RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus sahaja) tidak akan dipulangkan.
  • Tiada bantahan dibenarkan terhadap keputusan Pengadil berkaitan fakta perlawanan berkenaan, semua keputusan Pengadil adalah muktamad.
  • Sebarang persoalan atau intepretasi Undang-undang akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Pertandingan/ Jawatankuasa JBFA

34.PERATURAN YANG TIDAK DI PERUNTUKAN

Peraturan standard FIFA/ FAM akan digunakan, sekiranya gagal, keputusanJawatankuasa Teknikal adalah muktamad.

35.BOLA

Bola rasmi pertandingan yang diiktiraf oleh FIFA akan digunakan untuk semua perlawanan liga.

36.KELAYAKAN KETUA JURULATIH

Minima Lesen Grasroot FAM atau Sijil Kejurulatihan Peringkat Akar-umbi FAM / MSN.Kesemua pasukan dikehendaki mengemukakan salinan lesen/ sijil Ketua Jurulatih pasukan kepada Jawatankuasa Penganjur 7 hari sebelum perlawanan pertama.

37.PENARIKAN PASUKAN DARI LIGA

Sekiranya terdapat pasukan yang menarik diri setelah bermulanya perlawanan Liga DCL, tindakan berikut akan dilaksanakan;

  • Semua perlawanan yang dijadualkan dan melibatkan pasukan ini akan dibatalkan.
  • Semua keputusan perlawanan yang telah dilangsungkan dan melibatkan pasukan berkenaan turut dibatalkan dan tidak akan diambil kira dalam menentukan kedudukan carta Liga.
  • Pasukan yang berkenaan juga akan digantung serta-merta dari menyertai atau mengambil bahagian dalam Liga DCL/JBFA pada tahun yang berikutnya

39.PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DISYARATKAN

Perkara-perkara yang tidak disyaratkan dalam Peraturan dan diluar bidang kuasa akan ditentukan oleh Jawatankuasa Penganjur, dimana keputusan yang diambil adalah muktamad.

LENGKAPKAN BORANG DI BAWAH INI