Ucapan Penasihat DCL

UCAPAN PENASIHAT DCL

Kejohanan DCL ini adalah bermatlamat untuk melahirkan sebuah suasana liga bolasepak yang kompetitif di Johor Bahru amnya dan Johor khususnya. Dengan kehadiran liga ini sedikit sebanyak membantu persatuan dan kelab dalam persiapan kejohanan yang lain seperti MSSD,MSSM,LIGA JDT dan
kejohanan yang lain.

Tertubuhnya liga ini adalah dengan idea dan inovasi empat orang anak muda yang mengemudi kelab bolasepak di kawasan masing-masing. Kebergantungan terhadap kejohanan berbentuk karnival tidak banyak membantu penambahbaikan kelab dalam pelbagai aspek. Ianya sering kali didatangi pelbagai permasalahan berkaitan kualiti daripada pelbagai sudut.

Meskipun baru dianjurkan namun DCL mempunyai visi dan misi jangka masa yang jelas dan konstruktif. Pelbagai program sampingan diatur sewaktu liga dijalankan bagi memberikan persediaan ke arah sebuah kelab profesional. Usaha ini sedikit sebanyak membantu mewujudkan budaya bolasepak yang sihat di dalam Johor.

Saya berharap supaya liga ini akan mendapat sokongan yang mantap daripada semua pihak berkaitan supaya segala perancangan yang telah diatur dapat dilaksanakan. Sekaligus ianya akan menjadikan liga ini dikenali bukan sahaja di Johor Bahru malahan sampai ke pengetahuan seluruh peminat bolasepak di Malaysia.